Malaysian Herbal Corporation (MHC) dengan kerjasama Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) produk herba akan menganjurkan Karnival Keusahawanan Herbal dan Kesihatan di The Mall, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur dari 14 – 16 Julai 2010. 2. Karnival ini diadakan bagi meningkatkan serta menggalakkan penyertaan syarikat/usahawan di dalam industri herbal dan kesihatan untuk memamer dan memasarkan produk keluaran mereka terus kepada pengguna. Karnival ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan lokasi serta tarikh penganjuran yang bertepatan dengan pameran antarabangsa Cosmobeaute Asia 2010 yang akan diadakan di PWTC pada masa yang sama. Berdasarkan rekod, pameran ini dilawati oleh lebih 20,000 pengunjung dalam dan luar negara. 3. Penganjuran Karnival ini adalah usaha berterusan MHC dan 4PU untuk membantu meningkatkan pengibatan pengusaha produk herbal dan kesihatan dalam bidang ekonomi yang berpotensi dan berdaya maju. Memandangkan industri ini menyumbang sejumlah RM10 billion setahun kepada ekonomi negara, peningkatan aktiviti promosi di dalam industri ini amat penting untuk menggalakkan aktviti keusahawanan para usahawan. 4. Sehubungan dengan ini, sukacita kami menjemput syarikat YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk menyertai Karnival ini. Peserta yang mengambil bahagian di dalam Karnival ini akan berpeluang untuk: · Bertemu dengan pelanggan dan pengguna produk keluaran syarikat secara terus; · Peluang untuk mempromosikan produk melalui aktiviti sampling, CSR dan pengedaran produk terus kepada pengguna; · Peluang jualan; · Peluang bertemu dengan bakal pengguna baru; 5. Kos penyertaan untuk karnival tiga (3) hari ini adalah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja). Hanya 32 ruang niaga disediakan dan penyertaan adalah terhad kepada “first come first serve basis”. 6. Syarikat yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang disertakan dan dikembalikan kepada MHC pada atau sebelum 30 Jun 2010. Sekiranya YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan memerlukan sebarang maklumat lanjut, silalah berhubung terus dengan pegawai-pegawai berikut: | Encik Mohd. Alias Ariffin | 03 – 2697 6632 / 016 - 3834137 | | Encik Adil Asmadi | 03 – 2697 6615 / 014 - 338 4414 | | Encik Mohamad Redzuan Ahmad | 03 – 2697 6614 / 019 - 645 5642 | | Encik Haqimi Noordin | 03 – 2697 6635 / 012 - 439 6914 | 7. Maklumat lanjut berkaitan dengan Projek Herbal Plaza ini juga boleh diperolehi di laman web Malaysian Herbal Corporation di: www.malaysianherbal.com Tempat adalah terhad kepada 32 usahawan/syarikat sahaja. Penyertaan adalah berdasarkan kepada “first come first serve basis”. Promosi karnival akan diadakan melalui media cetak dan elektronik. Sekian, terima kasih. Yang benar, ZAINAL AZMAN BIN ABU KASIM Pengurus Besar
|